Selasa, Oktober 18, 2016

Anis Al Idrus Bakal Dedah Bukti Sebab Putus Cinta Dengan Raja Afiq




Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus meminta diberi ruang dan masa bagi menjelaskan pekara sebenar di sebalik perpisahannya dengan aktor kacak, Raja Afiq.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, buat masa sekarang dia lebih memilih untuk berdiam diri bagi menghormati keluarga dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini. 

"Saya akan menjelaskan perkara sebenar kenapa perpisahan ini berlaku beserta bukti tertentu pada masa dan ketika yang sesuai. 

"Buat masa sekarang, saya tak mahu beri sebarang komen untuk menghormati keluarga, dan 'pihak-pihak' yang terlibat," ujarnya kepada mStar Online.