Isnin, Oktober 17, 2016

Anak Sulung Abby Abadi, Norman Hakim Sakit Ketumbuhan Dalam Saluran Darah!



"Saya minta semua doakan yang baik-baik saja untuk keluarga kami. Insya-Allah, semuanya okay," kata pelakon Norman Hakim mengenai keadaan kesihatan anaknya, Mohamed Danish Hakim, 13 yang mengalami bengkak di siku kirinya sejak minggu lalu.

Anaknya itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, sejak lima hari lalu.
Norman, 39, berkata, Danish kini masih dalam pengawasan doktor dan mereka masih menunggu keputusan ujian yang dilakukan doktor sebelum ini.

“Siku Danish masih bengkak dan kita belum tahu apa puncanya lagi,” katanya.

Danish ialah anak sulungnya dengan bekas isteri, Abby Abadi. Selain Danish, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Marissan Dania Hakim, 11, dan Maria Danisha Hakim, 8.



Sementara itu, Abby menerusi Instagram memuat naik status dengan menulis panjang tentang keadaan kesihatan anak sulungnya itu.

Dalam status yang sama, Abby turut mendakwa Danish tidak pernah sakit sejak dilahirkan dan terkejut apabila tiba-tiba anaknya itu memaklumkan tangannya sakit hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.


Abby turut menulis bahawa dia dimaklumkan doktor, Danish mengalami ketumbuhan dalam saluran darah dan jika tidak dirawat boleh merebak menjadi kanser.

1 Komentar:

Write Komentar
17/10/16 9:51 PG delete

dugaan allah kan
semoga diberi kekuatan

Reply
avatar