Isnin, Oktober 17, 2016

Anak Sakit, Norman Hakim Enggan Komen Hashtag Abby Abadi Di Instagram



Danish ialah anak sulung Norman Hakim dengan bekas isteri, Abby Abadi. Selain Danish, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Marissan Dania Hakim, 11, dan Maria Danisha Hakim, 8.

Abby Abadi menerusi Instagram memuat naik status kesihatan Danish  dengan menulis hashtag #TibaTibaRasaNakFightHakUntukAnakAnak #UntukMasaDepanDorang dan #TerlambatkahAku.

Dalam status yang sama, Abby turut mendakwa Danish tidak pernah sakit sejak dilahirkan dan terkejut apabila tiba-tiba anaknya itu memaklumkan tangannya sakit hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Abby turut mendakwa dia dimaklumkan doktor, Danish mengalami ketumbuhan dalam saluran darah dan jika tidak dirawat boleh merebak menjadi kanser.

Norman ketika ditanya mengenai status bekas isterinya itu enggan mengulas lanjut.

"Ada banyak hashtag dia (Abby) sebelum ini dan bukan itu saja," katanya.


2 Komentar

Write Komentar
17/10/16 10:33 PG delete

semoga dipermudahkan

Reply
avatar
17/10/16 12:47 PTG delete

tak pernah sakit bukan maksud tak boleh sakit.. ish2... semua dah ditentukan..

Reply
avatar