Sabtu, Oktober 29, 2016

Alif Sleeq Teruja Ziana Zain Terima Tawaran; Single Dilancar Tahun Depan!





Penyanyi dan komposer Alif (Sleeq) memberitahu teruja dan tidak mengjangkakan lagu ciptaannya diterima untuk dijadikan sebagai single terbaharu penyanyi popular Ziana Zain.

Alif atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 27, berkata, hasrat untuk bekerjasama dengan penyanyi legenda itu dicetuskan oleh arwah ibunya Maria Salim yang meninggal dunia 16 Februari lalu.

"Saya sungguh teruja untuk bekerjasama dengan seorang penyanyi yang saya anggap legenda iaitu Ziana Zain untuk single terbaru beliau akan datang.



"Saya ada hubungi beberapa pengurus artis seperti Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah dan beberapa lagi tapi mereka tidak berminat kerana tidak bersesuaian dengan suara.

"Sebelum Ziana, Anuar Zain ada juga menghubungi saya untuk lagu baru tapi saya pula tidak dapat buat kerana kekurangan idea untuk menghasilkan lagu sesuai dengan suara beliau.


Katanya, single terbaharu Ziana Zain itu akan dilancarkan pada tahun hadapan. - mstar