Rabu, Oktober 05, 2016

Alif Satar Tak Ada Hasrat Kahwin Dua!



Bakal bergelar bapa kepada dua orang cahaya mata namun masih ada yang menaruh harapan sampaikan sanggup untuk jadi isteri kedua Alif Satar.


Pun begitu, menurut Alif sendiri, ketika zaman bujang dia juga pernah dikacau oleh peminatnya, namun agak terkejut dengan dugaan selepas berkahwin, masih juga ada yang fanatik sampai macam tu sekali.

Selesa berkongsi lagi, Alif berkata, dia dan isteri adakalanya tergelak bila membaca komen peminatnya di laman sosial seperti 'untungnya kalau dapat jadi isteri kedua Alif'.

Sementara itu, isteri Alif iaitu Shadila tidak cemburu dan Alif juga tidak berniat untuk berkahwin lagi. – Media Hiburan