Jumaat, Oktober 28, 2016

Aeril Zafrel Nafi Kempen Boikot Suri Hati Mr. Pilot Lakonan Fattah Amin Dan Neelofa



Pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap, Aeril Zafrel, 28, menafikan tindakannya memuat naik gambar berserta status di Instagram mengajak pengikutnya mengikuti kempen #SorokRemote, minggu lalu bertujuan untuk menyindir drama bersiri Suri Hati Mr Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa.

Dalam statusnya itu, Aeril mengajak pengikutnya di Instagram menyertai kempen #SorokRemote supaya dapat menonton Patahnya Sebelah Sayap dengan aman tanpa perlu menukar saluran lain.

Status yang dimuat naik iaitu “lupakan yang lain. Walaupun kita #PatahnyaSebelahSayap pastikan tetap terbang tau. Jangan ada kapal terbang tapi tak terbang-terbang pulak” dilihat seolah-olah ditujukan kepada drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.



“Saya langsung tidak berniat mahu menyindir sesiapa. Ini kerana ketika saya memulakan kempen #SorokRemote itu, drama Patahnya Sebelah Sayap sudah mula ditayangkan tetapi Suri Hati Mr Pilot belum ditayangkan lagi,”katanya.


“Saya memang kerap mempromosikan drama lakonan saya itu di Instagram, namun tidak pula berniat untuk menjatuhkan drama lain atau mengajak penonton supaya tidak menonton saluran lain,” katanya. - Metro