Ahad, Oktober 23, 2016

[3 Video] Rakan Artis Beri Sokongan; Mahu Elly Mazlein Nyanyi Berpisah Jua Habis Baik!



Gegar Vaganza sudah menjadi suatu rancangan realiti hiburan nyanyian yang fenomena apabila saban musim bersiaran. Baru sahaja melewati Konsert Pembukaan, Gegar Vaganza 3 sudah menjadi trending dan bualan ramai, baik di laman sosial mahupun dalam alam nyata.

Elly Mazlein dilihat antara peserta kegemaran, apatah lagi dalam sekitar beberapa bulan kebelakangan namanya memang agak 'panas' di media lantaran kisah hidupnya yang terpalit duka.

Membuka pentas Gegar Vaganza 3 dengan keadaan kesihatan diri yang tidak begitu baik, Elly Mazlein ditugaskan membawa lagu Berpisah Jua dendangan asal Ziana Zain.

Lagu yang cukup popular pada penghujung zaman 90-an ini turut mengundang perhatian rakan-rakan artis antaranya Maya Matahari, Zara Zya, Ir Radzi, dan Saharul Kamal yang mengambil kesempatan menyanyikan bait-bait lagu ini dan ditujukan kepada Elly sebagai perangsang semangat.

Kalau anda follow Instagram Elly Mazlein, mesti dah tengok video-video ini kan? Kalau tak sempat pun tak apa, Muz kepilkan di bawah! Enjoy!!!