Ahad, Oktober 23, 2016

3 Juara; Review Konsert Juara Balada



Eeza menjadi peserta pertama membuka pertarungan mencari Juara Balada. Komen Ziana Zain mengatakan Eeza mempunyai vokal yang mantap dan pakej yang baik sebagai seorang penyanyi. Namun, Ziana menegaskan ada ‘sesuatu’ yang kurang yang disifatkan sebagai aura. Ajai pula menyifatkan stage fright akan ada dalam setiap diri penyanyi tetapi jangan biarkannya menguasai diri ketika menyanyi.

Azumi menjadi peserta lelaki pertama malam ini dengan lagu Sampai Mati. Ziana Zain menyifatkan feel Azumi mendalami lagu ini sangat baik, dan diakui oleh Ajai yang mengatakan Azumi beruntung kerana dianugerahkan bakat menyanyi sejak kecil seperti Anuar Zain.

Hady tampil dengan lagu Bukan Dia Tapi Aku. Ziana memuji feel Hady, dan cara Hady meletakkan perkataan pertama ketika memulakan persembahan. Tambahnya lagi, Hady yakin dengan diri sendiri sehinggakan dapat mengetepikan rasa gementar di atas pentas.

Salma yang pernah menjuarai Mentor sebagai protege Erra Fazira menyanyikan lagu Janji Manismu dendangan asal Aishah. Salma dipilih Ajai kerana format pertandingan ini tidak menghalang mana-mana juara program relaiti menyertainya, Salma tidak mempunyai lagi hit dan punya keinginan. Ziana menyifatkan persembahan Salma sebagai superb!

Faisal muncul dengan lagu berhantu Pelangi Petang dendangan asal Allahyarham Sudirman. Ajai menyifatkan cara nyanyian Faisal adalah ikhlas, manakala Ziana Zain pula mengatakan persembahan Faisal senada dengan penyanyi asal.

Peserta keenam, Hafizah tampil dengan lagu Dealova. Komen Ziana menyatakan bahawa tone suara Hafizah sedap, cumanya Hafizah terlalu gementar dan keyakinannya sekejap ada kejap tiada.

Aqeem tampil dengan lagu Bunga Terakhir. Komen Ziana Aqeem punya tone besar, dan hanya pada hujung sahaja Aqeem berikan yang terbaik berbanding pada awal persembahannya, dan masih nampak sedikit kegementaran dalam nyanyiannya. Komen Ajai mengatakan feel ‘jahat’ kurang dalam persembahan Aqeem.

Appril dengan lagu Awan Terpilu menjadi peserta terakhir dalam pencarian Juara Balada, nyanyian Appril ikhlas dan bersahaja, itu komen Ziana Zain, di samping pitching Appril agak bagus. Education muzik banyak membantu pendengaran Appril, itulah komen Ajai buat Appril.

Pembukaan pentas 3 Juara; Juara Balada dibuka dengan persembahan mantap Ziana Zain dengan lagu Terkenang Jua, ciptaan Ajai. Pada segmen interlude pula Hazama tampil dengan persembahan istimewa dengan lagu Di Amaran Mama. Persembahan istimewa pada hujung Konsert Juara Balada, 3 Juara dilengkapi dengan lagu Anggapanmu, oleh Ziana Zain dan 6  peserta pilihan Juara Balada.