Ahad, September 25, 2016

Ziana Zain Lancar Gee Shawl; Hijab Berfabrik Sari



Personaliti terkenal tanah air, Ziana Zain yang mula berhijab sekitar dua tahun lalu akhirnya tampil dengan label hijabnya tersendiri yang diberikan nama Gee Shawl.

Gee Shawl yang merupakan label sulung hijab keluaran Ziana Zain's World itu telah diperkenalkan dalam suatu majlis soft launch si SACC Mall, Shah Alam semalam.

Menampilkan kelainan, Gee Shawl menggunakan fabrik sari yang didatangkan eksklusif dari India. Tampil dalam 34 corak yang berbeza penggemar fesyen hijabista boleh mendapatkan Gee Shawl di butik Ziana Zain's World di kompleks beli-belah SACC Mall, Shah Alam.



Soft launch Gee Shawl yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam semalam turut mengambil ruang pelancaran Jameela Street Boutique Carnival yang berlangsung di pusat membeli-belah itu sehingga 2 Oktober 2016. Karnival itu turut menampilkan pelbagai jenama pakaian muslim baik untuk lelaki mahupun wanita.

Bagi peminat diva tanah air, Ziana Zain, boleh sahaja dapatkan Gee Shawl dengan harga mampu mili, iaitu hanya RM69.90.