Jumaat, September 09, 2016

Syamsul Yusof Baca Skrip Dulu Sebelum Izin Puteri Sarah Berlakon!



Lama tidak mendengar khabar pelakon Puteri Sarah yang menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Selepas berkahwin dengan anak lelaki Datuk Yusof Haslam itu, Puteri Sarah dilihat seolah-olah 'hilang' daripada dunia seni.

Selepas sekian lama menyepi, Puteri Sarah tampil berkongsi cerita bahawa akan kembali berlakon dalam sebuah telemovie.

Walau bagaimanapun, sebelum berlakon semula dia akan meminta izin suaminya itu terlebih dahulu dan katanya lagi, Syamsul akan membaca keseluruhan skrip lakonan sebelum membenarkannya berlakon.

“Saya kena beritahu dia sekiranya dapat tawaran berlakon. Seterusnya dia akan membaca dahulu skrip tersebut. Dia akan tengok kalau tak ada sentuh-sentuh, cintan-cintun baru dia okay,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Radhi Rudy bin Dadu.