Jumaat, September 16, 2016

Sekali Lafaz, Saharul Ridzwan Sah Bergelar Suami Kepada Deena Emir



Pelakon popular yang meledak nama dengan lakonannya dalam drama adaptasi novel Hati Perempuan, iaitu Saharul Ridzwan kini selamat bergelar suami. Dengan sekali lafaz, pelakon Saharul Ridzwan selamat bergelar suami kepada ahli perniagaan, Deena Emir dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya sebentar tadi.

Saharul, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Deena, 28, selain memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pihak perempuan.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Akif Emir.