Sabtu, September 24, 2016

Rita Rudaini Akui Sedang Berkawan Dengan Donna Muslim


Kegagalan rumah tangga yang dibina terdahulu oleh Rita Rudaini tidak bermakna takdir hidupnya akan kekal bersendiri. Gagal dalam episod berumah tangga sebanyak dua kali, pelakon Rita Rudaini yang terlihat dingin dan beku saat diajukan soal pasangan sebelumnya, kini lebih terbuka berkongsi isi hati.

Dilihat kerap bersama pengacara program hiburan TV HLive, Donna Muslim, Rita Rudaini berkongsi jawaban terhadap soalan wartawan Kosmo! tentang sejauh mana hubungannya dengan lelaki yang tidak kurang kacak itu!



KOSMO!: Benarkah Rita dan Donna kini sudah bergelar pasangan kekasih seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial?

RITA: Bagi melabelkan hubungan kami sebagai pasangan bercinta mungkin belum sampai tahap berkenaan lagi, tetapi saya memang sedang berkawan dengan Donna. Saya akui selesa bersahabat dengannya kerana dia seorang pendengar yang baik dan menyenangkan hati apabila saya bercerita tentang masalah kepadanya. Tetapi hubungan kami hanya setakat kawan rapat dan belum sampai soal bercinta atau berkahwin.