Isnin, September 26, 2016

Review Konsert Suku Akhir AF 2016; Tenaga Pengajar Tak Boleh Terima Komen Juri?



Konsert Suku Akhir Akademi Fantasia 2016 tampil dengan tema MEDLEY. Setiap pelajar akan menyanyikan dua buah lagu daripada seorang komposer yang sama secara medley. Secara keseluruhannya, lagu-lagu yang didendangkan adalah lagu-lagu yang cukup popular pada suatu masa dahulu. Pastinya persembahan para peserta AF 2016 malam ini akan menjadi perhatian ramai kerana populariti lagu itu sendiri sudah cukup hebat!

Malam suku akhir ini selain juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk AC Mizal, Fauziah Datuk Haji Ahmad Daud atau Kak Ogy menjadi juri jemputan. Ternyata keterbukaan Kak Ogy memberikan komentar, kritikan, pandangan, nasihat telah menjadikan pentas suku akhir Akademi Fantasia 2016 ini menjadi sangat panas.

Ketika memberikan komen, Kak Ogy juga selesa menyebut nama-nama tenaga pengajar seperti Elly Suriati, Mas Idayu, dan Datuk Shake selaku pengetua AF 2016 untuk membuat sesuatu. Paling mengejutkan apabila pengetua AF 2016, bertindak meninggalkan stadium selepas persembahan Asha yang mendapat kritikan cukup pedas daripada Ogy. Bahkan Kak Ogy turut menegur sikap dan reaksi Asha yang tersenyum sedangkan, ketika itu Ogy bercakap dengan nada yang agak serius.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab musabab, Datuk Shake selaku pengetua meninggalkan stadium ketika konsert masih lagi berlangsung, sehinggakan Zizan Razak selaku pengacara mengusik mengatakan pengetua AF 2016 sakit perut! Bagaimanapun, ketika persembahan Rahila, kamera memberikan fokus kepada Datuk Shake, menyatakan pengetua AF 2016 kembali bersama akademinya!


Apapun, jom baca komen Muz sebagai penonton Konsert Suku Akhir Akademi Fantasia!

Persembahan pertama malam ini dibuka oleh Ara dengan lagu Ting Ting dan Nazam Berkasih. Masing-masing dipopularkan oleh Noraniza Idris dan Syura. Dan Muz setuju sangat dengan komen Kak Ogy. Tak ada kelembutan dan seni asli dalam dua buah lagu irama tradisional yang popular dipersembahkan oleh Ara di pentas Konsert Suku Akhir Akademi Fantasia 2016.

Afi muncul dengan lagu Kembali Merindu dan Pelamin Anganku Musnah. Sejujurnya lagu Kembali Merindu memang nampak macam ke laut. Tapi lagu Pelamin Anganku Musnah, masih boleh diterima, mungkin fiil yang dimasukkan dalam lagu kedua tu sedikit lebih dan nampak sedikit sedap. Bias? Mungkinlah, sebab lagu Pelamin Anganku Musnah is one of my all time fav!

Zarol tampil bersama pasukan koir menyampaikan lagu Bayangan Gurauan dan Mengapa. But seriously, setakat tiga persembahan inilah paling worst bagi Muz. Setuju sangat dengan kata-kata Kak Ogy, Zarol kill that song!

Medley Elergi Sepi dan Keabadian Cinta. Dua buah lagu balada yang cukup popular dendangan Azharina Azhar dan Anuar Zain. Mungkin sebab Edry ubah melodi lagu tersebut dengan memberi nafas baharu, bagi Muz aura lagu tersebut seakan sudah dibunuh. Plus persembahan Asha yang macam orang malas saja, memang tak best langsung bagi Muz! Bagi Muz okay, baca betul-betul!

Ikram tampil dengan medley lagu gubahan Datuk M Nasir. Ratnaku dan Inang Bujang. Bagi Muz persembahan Ikram antara yang Muz suka, even AC komen lagu Ratnaku kedengaran agak pitchy. Tapi Ikram ni nampak over confident pun ada, mungkin sebab rupa kot! Entahlerrrr...

Persembahan yang Muz tunggu, yes it’s from Rahila. Lagu Di Persimpangan Dilema dan Puncak Kasih, dua lagu yang cukup bermakna dari melodi dan liriknya. Dan Muz setuju sangat dengan Datuk Ramli, suara Rahila memang mendatar, dengar sama saja dari mula sampai habis. Agak kecewa juga dengan Rahila. Hurmmm...

Reshma pula memukau dengan lagu Trauma dan Permata Pemotong Permata, kedua-dua lagu ciptaan KRU ini bagi Muz dipersembahkan dengan cukup baik oleh Reshma. Tapi antara keduanya, Muz lagi suka Trauma!

Amal pula menyanyikan lagu Ke Hujung Dunia dan Masih Jelas. Lagu gubahan Aidit Alfian ini disampaikan cukup baik oleh Amal. Amal dapat menjiwai lagu dengan cukup baik.

Misteri Mimpi Syakila dan Dari Sinar Mata disampaikan oleh Amir sebagai peserta yang terakhir bagi Konsert Suku Akhir Akademi Fantasia. Persembahan terakhir yang mendapat standing ovation daripada tenaga pengajar dan AC! Persembahan Amir malam ni, nampak macam ending majlis anugerah. I loike!

So, inilah saja komen tentang persembahan AF 2016, Konsert Suku Akhir pada malam ini! 

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
3/10/16 11:37 PG delete

knp perlu bersuara tinggi bila mengkritik.. nmpk seperti mengherdik manusia di khalayak ramai.. kita nakkan org lain menjadi sesuatu yg kita sendiri pun tak blh capai.. yg pastinya ianya tdk sesuai dgn ciri2 budaya melayu.. jika nak tiru budaya barat benarkan pelajar menjawab setiap kritikan drpd berdiri di dpn nmpk spt si dungu yg sedang diherdik oleh majikan.. sbg org melayu mmg suka tgk org diherdik sebegitu rupa sbb ianya suatu keseronokan ttp sbg manusia ada cara yg lebih berhikmah..

Reply
avatar