Isnin, September 26, 2016

Pemain Bola Sepak JDT Masih Hidup; Safee Sali Kecewa Berita Palsu Meninggal Dunia!



Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali kecewa dengan tindakan mereka yang menyebarkan berita palsu kononnya beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, hari ini. Safee berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan kira-kira jam 4 petang, tadi daripada seorang kawan yang memaklumkan mengenai berita itu yang viral di Facebook (FB). "Ini berita palsu dan saya amat kecewa dengan mereka yang sanggup menyebarkan perkara ini dalam FB. Jangan buat perkara yang tidak bertanggungjawab. "Saya sihat dan akan menjalani latihan seperti biasa di Pusat Latihan Kelab Bola Sepak JDT, petang ini," katanya ketika dihubungi, hari ini. - BH