Isnin, September 26, 2016

Muzik Video Andainya Takdir Anuar Zain Lebih Baik Daripada Drama Melayu Pukul 7?



Lama tidak muncul dengan lagu baharu, sekali saja dirinya menjadi tumpuan utama media lantaran lagu Andainya Takdir dan muzik video lagu gubahan Helen Yap dan lirik Habsah Hassan itu pantas mengundang nama Anuar Zain meniti di bibir bukan sahaja dalam kalangan peminat setianya, bahkan netizen juga.


Muzik video lagu Andainya Takdir mendapat sambutan hangat di YouTube. Rata-rata memuji penceritaan plot dalam muzik video berkenaan. Bahkan lakonan Anuar Zain, Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis turut mendapat pujian ramai.

Malah ada yang turut menitiskan air mata. Meskipun terdapat komen yang mengatakan penghasilan jalan cerita muzik video berkenaan klise, namun netizen beranggapan muzik video lagu Andainya Takdir dendangan Anuar Zain ini jauh lebih baik daripada drama Melayu tempatan yang ditayangkan pada pukul 7 malam!

Apa pendapat anda?





2 Komentar

Write Komentar
27/9/16 8:03 PG delete

Memang terbaik.. Penceritaan yg padat dan tepat. Adik saya tengok video tu 3 kali dan 3 kali tu jugak lah dia menitiskan airmata.. Terbaik Anuar Zain!!!

Reply
avatar
Jie Susanos
AUTHOR
27/9/16 9:55 PG delete

yup..video muziknya awesome..

Reply
avatar