Ahad, September 11, 2016

Kamal Adli Dan Emma Membong Masih Baik?



Pasangan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong yang dilaporkan mengalami masalah dalam perhubungan percintaan mereka dilihat melalui karpet merah Festival Filem Malaysia 28 bersama-sama pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Kamal juga menjelaskan hubungannya dengan wanita berkenaan masih lagi baik namun enggan mengulas lanjut tentang hubungan sebenar mereka selepas dilaporkan sudah berpisah sebelum ini.

"Hubungan kami masih baik dan sedang cuba memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini.Kebetulan Emma tiada teman untuk ke FFM dan saya mengajaknya untuk melalui karpet merah itu bersama-sama. Selebihnya doakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya kepada mStar Online