Rabu, September 28, 2016

Isu Gambar Bogel; Rezeki Idris Khan Makin Bertambah?



"Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah dan karier berjalan seperti biasa," kata Idris Khan kepada kepada mStar Online pada Selasa selepas sekian lama mengunci mulut sejurus kontroversi penyebaran gambar bogel seorang lelaki yang mirip sepertinya dalam laman sosial baru-baru ini.

Idris kini sibuk dengan penerbitan filem sulung dibawah syarikatnya berjudul KL Wangan.

"Selain itu pada bulan depan saya akan memasuki set penggambaran drama berjudul Selamat Malam Tan Sri untuk siaran RTM," ujarnya.