Sabtu, September 17, 2016

Isteri Tak Pernah Tonton Drama Lakonan Saharul Ridzwan



Isteri pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir mengakui tidak pernah sekalipun menonton lakonan suaminya biarpun drama tersebut popular dan hangat diperkatakan.

Qaabila atau lebih dikenali sebagai Deena Emir, 28, berkata, kerjaya sebagai pengusaha butik membuatkannya tidak mempunyai banyak masa menonton drama televisyen.

"Saya tidak pernah menonton drama Saharul sejak dia bergelar pelakon kerana saya sibuk menguruskan hal-hal bisnes dan tiada masa untuk menonton drama.


"Kadang-kadang cerita popular yang dia berlakon saya tidak tahu, tapi saya sentiasa beri sokongan kepada dia untuk terus berlakon,"ujarnya kepada mStar Online.