Selasa, September 13, 2016

Idris Khan Mengaku Sedang Bercinta!




Biasanya pelakon baharu yang sedang menjalani perhubungan istimewa lebih selesa menyembunyikan berita tersebut daripada pengetahuan umum.

Ini berbeza dengan pelakon lelaki sado Idris Khan yang mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama seorang gadis maghribi yang dikenali sebagai Sanaa Jaffer sejak tujuh bulan lalu. 

Menurut Idris, buat masa sekarang beliau dan gadis tersebut masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan belum memikirkan soal berumah tangga.