Ahad, September 04, 2016

Gempar, Fara Fauzana Batal Majlis Pernikahan!



Dunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita panas pada hujung minggu ini. Selebriti Fara Fauzana yang sebelum ini mengadakan sidang media mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang jejaka bernama Hafiz mengatakan mengambil keputusan membatalkan majlis pernikahan tersebut.

Fara Fauzana mengumumkan membatalkan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Petaling Jaya.

"Dengan penuh rasa duka cita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang dengan pemuda bernama Hafiz telah dibatalkan atas sebab-sebab yang terlalu peribadi.


"Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil" jelas beliau. - Utusan

2 Komentar

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
4/9/16 10:48 PTG delete

Tiada jodoh redhalah

Reply
avatar
ayu
AUTHOR
5/9/16 4:52 PTG delete

insyaAllah, ade hikmahny..

Reply
avatar