Sabtu, September 10, 2016

[Gambar] Sekitar Majlis Nikah Nazim Othman Dan Bella Dally



Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally atas majlis pernikahan mereka yang baharu saja berlangsung tadi.

Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan di sebuah lokasi di Kota Kinabalu, Sabah, tampil menawan dalam busana putih gading yang tampak suci simbolik lafaz akad dan nikah itu sendiri.

Sementara itu, peminat, pemerhati dunia seni, rakan artis dan pereka busana juga turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Nazim Othman dan Bella Dally atas penikahan mereka menerusi medium sosial.

Daripada Muz, tahniah, kekal bahagia hingga ke Syurga!