Selasa, September 13, 2016

Gambar Bogel Pelakon Idris Khan Dan Atikah Suhaime; Benar Atau Palsu?



Dalam pada industri seni tanah air meraikan berita pernikahan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally, dunia seni tempatan dikejutkan lagi dengan satu lagi kontroversi hebat melibatkan dua orang pelakon baharu.

Belumpun reda habis dengan berita pembatalan perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya belangsung hujung minggu ini, industri seni dihimpit kontroversi penyebaran gambar bogel pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime.

Idris Khan mula mencipta populariti dengan drama bersiri adaptasi novel Duda Terlajak Laris. Drama itu disiarkan di TV3. Manakala, Atikah pernah muncul dalam Slot Akasia, juga dalam drama adaptasi novel dengan judul Bila Hati Berbicara di samping pelakon Syafiq Kyle dan Hafreez Adam.

Kontroversi pasangan pelakon ini bukanlah baharu, kerana Idris, Atikah dan Amar Alfian pernah terpalit kontroversi video seks threesome yang pernah heboh tidak berapa lama dahulu sebelum sunyi sepi.

Tersebarnya gambar bogel Idris Khan dan Atikah Suhaime di media sosial secara meluas tanpa sensor menyebabkan masyarakat mula tertanya-tanya tentang kesahihan gambar-gambar tersebut. Apatah lagi dunia teknologi pada masa kini yang boleh sahaja digunakan untuk memalsukan gambar menggunakan pelbagai kaedah dan teknik misalnya superimpose.

Apapun, media (Harian Metro) melaporkan Idris Khan tidak dapat dihubungi, manakala antara komen Atikah kepada followersnya di Instagram menyatakan bahawa pelakon yang kini berada di Singapura itu akan mengambil tindakan undang-undang sejurus kembali ke Malaysia. Manakala, Amar yang menetap di Australia yang pulang ke Malaysia untuk menyambut Aidiladha pula enggan memberikan sebarang komen berkenaan kontroversi tersebut.