Rabu, September 28, 2016

Gambar Bogel DJ Radio Pula Disebarkan? Fizie Hot FM Nafi Terlibat!



Tak habis lagi isu gambar bogel pasangan pelakonAtikah Suhaimie dan Idris Khan yang kononnya adalah mereka yang tersebar di internet baru-baru ini, kini muncul pula kononnya gambar bogel Fizie Hot FM pula tersebar juga di laman internet.


Fizie atau Mohamad Hafizie Roslan, 28, dalam satu kenyataan di Instagram miliknya memberitahu dia tidak mempunyai kaitan secara langsung atau pun tidak dengan gambar kurang sopan tersebut.

"Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

"Berikutan hal penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang menyerupai saya, saya ingin menegaskan bahawa gambar-gambar tersebut tidak mempunyai kaitan terhadap saya secara langsung mahupun tidak," ujarnya.

Dalam pada itu, Fizie berkata, dia telah pun membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 26 Ogos lalu bagi membersihkan nama baik serta reputasinya sebagai penyampai radio. Malah katanya, dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada hari sama berhubung isu berkenaan. - mStar onlinar