Khamis, September 29, 2016

Fattah Amin Dan Fazli Zainal Tak Jalin 'Hubungan Istimewa'



Pelakon Fattah Amin kesal apabila ada pihak menggunakan foto-fotonya dengan penyanyi Fazli Zainal di Instagram untuk menyebarkan fitnah kononnya mereka 'mempunyai hubungan' istimewa.


"Sebenarnya saya malas hendak melayan gosip sebegini kerana ia akan menyebabkan perkara itu menjadi lebih besar selain tidak mendatangkan faedah.

"Bagaimanapun dakwaan dibuat oleh sesetengah blog dan forum yang mengambil gambar selfie kami itu di Instagram dan membuat kesimpulan kononnya kami ada hubungan sudah dikira sebagai fitnah.

"Fitnah yang disebarkan dengan tujuan mengaibkan pada saya bukan benda main-main kerana ia boleh buat orang percaya dengan apa yang mereka baca tanpa mengetahui situasi sebenar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.