Rabu, September 28, 2016

Episod Akhir Drama Mariam Alisa; Ending Yang Tak Berapa Klise?



Tamat sudah drama Mariam Alisa di TV3. Macam mana ending drama ni? Suka tak?? Hehehe... Terus terang Muz tak follow drama ni.  Saja ja tengok malam ni.

Ending dia awalnya ingatkan twist sikit, bila Icha minta Ustaz Haikal tak tarik balik rombongan pertunangan. Tapi at the end, Icha tetap juga dengan Farhan.

Beberapa peleraian plot terutama tentang Dato Mokhtar, Datin Hayati dan Syamin pula, pengarah lebih selesa hadirkan ayat pada kaca skrin TV dengan muzik latar bagi memberikan penjelasan kepada penonton.

Simple kan? Kalau nak buat detail semua benda tu mahu makan lagi 10 episod! Hahaha... Apapun tamat sudah Mariam Alisa, mulai esok ada pula Sweetie Naniey!