Ahad, September 25, 2016

Bag Tercicir, Che Ta Mengamuk, MAS Mohon Maaf!



Kecoh satu laman Instagram, apabila Che Ta mengamuk apabila bagasinya tertinggal ketika menaiki pesawat MAS. Rozita Che Wan kesal kerana gagal menghadiri satu majlis makan malam gara-gara bagasinya tidak tiba ketika mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.


Rozita, 43, dalam status videonya menerusi Instagram menyelar sebuah syarikat penerbangan yang disifatkannya gagal melaksanakan tugas dengan baik sehingga dia berhadapan masalah itu.

“I (saya) tak tahu macam mana MAS buat kerja, I (saya) fly (terbang) dari KL (Kuala Lumpur) ke Sabah, tapi beg I (saya) still (masih) dekat KL dan malan ni I (saya) ada dinner (makan malam) dan I (saya) tak boleh pergi dinner (makan malam) sebab beg I (saya) takde,” luahnya dalam video di Instagramnya itu.



Dalam pada itu menerusi catatan pada status Instagram berkenaan Rozita berkata, dia menaiki pesawat dengan menempah tempat duduk perniagaan dan dalam pesawat itu tiada ramai penumpang.




"And I fly bisnes (business) class (Dan saya terbang kelas perniagaan), bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bag (beg) tu!!. So embarrassing (sangat memalukan) dengan servis MAS,” luahnya.

Pelakon Rozita Che Wan memberitahu bagasi pakaiannnya sudah selamat diterima pada malam kejadian itu berlaku pada Khamis.

Terkini, Che Ta berkata, dia sudah menerima permohonan maaf daripada syarikat penerbangan tersebut di ruangan komen laman sosial miliknya pada Jumaat.


"Beg saya sudah dipulangkan pada malam itu juga dan pihak MAS ada memohon maaf menerusi ruangan komen di Instagram saya semalam.

"Ini bukan kali pertama berlaku, setakat ini sudah dua kali tapi saya lihat ramai pengikut laman sosial saya yang pernah mengalami nasib yang sama," ujarnya kepada mStar Online