Sabtu, September 17, 2016

Astro Zee Variasi Tamat Siaran Pada 1 Oktober 2016



Kalau tanya Muz, salah satu siaran Astro yang selalu layan ialah Zee Variasi. Awal dulu masa Astro perkenalkan dikenali sebagai Zee TV.

Banyak program kegemaran Muz yang pernah jadi sejarah dalam hidup. Macam sedih ja bunyi kan? Hehehe...

Ya lah, teringat tengok drama Naagin dulu. Walaupun, Muz bukan pengikut tegar drama Hindustan sebab berjela sangat episod dia, tapi satu drama bersiri yang Muz follow habis ialah Punar Vivah. Memang best cerita tu.

Yang lain, Muz selalu juga layan program realiti di Zee Variasi seperti Saregamapa, India's Best Dramebaaz, iaitu program realiti nyanyian, tarian dan lakonan.

Walaupun, movie asyik ulang tayang saja, ada kala seronok juga layan cerita lama-lama.


Malangnya, Astro memutuskan untuk menamatkan penyiaran Zee Variasi bermula 1 Oktober 2016. Penamatan ini akan turut menjejaskan pelanggan Astro Njoi.

Tadi ada nampak akan ada satu siaran baru TARA HD, konon gantikan Zee Variasi. Yang langgan Astro Beyond dapatlah, yang masih guna piring kelabu macam Muz ni? Harammmmm...

Makin lama, makin merepek Astro ni, bayangkan Astro Go Shop yang dulu dapat pun, mula awal tahun hari tu dah tak dapat, bila tanya, katanya hanya untuk pelanggan Astro Beyond.

Tak apalah, tengoklah sikit hari nanti, kasi potong sama itu Astro!

1 Komentar:

Write Komentar
Eira Aikawa
AUTHOR
19/9/16 12:58 PTG delete

Eira pun suka gak layan drama-drama hindi kat chanel zee ni..
Macam-macam ar astro ni..
huhuhu

Reply
avatar