Sabtu, Ogos 20, 2016

Zul Ariffin Nafi Merisik Zahirah Di Perth



Pelakon, Zul Ariffin hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah merisik pelakon, Zahirah Macwilson di Perth, Australia baru-baru ini.

 “Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana.

“Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana,” katanya yang hadir ke sana dengan kakaknya atas urusan perniagaan.

Zul Ariffin juga enggan mengulas lanjut tentang perkembangan semasa hubungannya dengan pelakon Zahirah Macwilson. Tegasnya, buat masa ini dia lebih selesa bercerita tentang hal yang melibatkan kerjaya sahaja. – Utusan Online