Selasa, Ogos 09, 2016

Toyota Vellfire Che Ta Hilang Dilarikan Pencuri!




Kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon Rozita Che Wan yang hilang awal pagi Selasa telah dicuri dua suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati suspek merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut.

"Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi tadi (Selasa).

"Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas.  - mstar