Rabu, Ogos 17, 2016

Tak Kisah Suami Kahwin 4; Adira Akui Sakit Hati Lihat Video Suami Rangkul Pinggang Ruhainies



Lama juga Adira memilih untuk membisu dan enggan membrikan komen tentang kontroversi penyebaran video memperlihatkan suaminya, Datuk Adnan Abu merangkul pinggang pelakon baharu Ruhainies ketika menaiki esklator dalam sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota.

Dan akhbar Kosmo! memaparkan luahan rasa Adira, yang terkenal dengan lagu duet Ombak Rindu bersama Hafiz Suip ini.

“Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey”

“Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil,” jelasnya kepada Kosmo! Online.  - Rotikaya