Sabtu, Ogos 13, 2016

Sinopsis Telefilem Gerimis Hati Asyikin; Cerekarama TV3



SINOPSIS GERIMIS HATI ASYIKIN

Mengisahkan Asyikin seorang pembantu farmasi yang menanggung kehidupan lima orang anak setalah suaminya, Zamri patah kaki akibat kemalangan. Ketika mengandung anak keenam, rumah tangga mereka menjadi semakin tegang. Syikin pulang ke kampung ibunya sebelum bersalin bersama anak-anaknya. Di sana dia berjumpa dengan Manja, seorang rakan lama yang sangat mengenal isi hatinya. Sementara mencari penjaga bayi, Manja menawarkan diri untuk menjaga bayi bagi memudahkan urusan Asyikin sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Namun segalanya berubah apabila bayi Asyikin dilarikan. 

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Gerimis Hati Asyikin dalam slot Cerekarama TV3. Menampilkan lakonan Ashraf sendiri, Wawa Zainal, dan Zarina Zainoordin. Sebuah telefilem arahan Bahri Uma Bajuri terbitan Al Hidayah Productions Sdn Bhd. Akan ditayangkan pada hari Sabtu ini, jam 9 malam di TV3.