Sabtu, Ogos 27, 2016

Shukri Yahaya Bergelar Bapa; Teruja Kongsi Pengalaman



Pelakon Shukri Yahaya selamat bergelar bapa apabila isterinya Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan mereka di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.

Berkongsi pengalaman menyaksikan isterinya melahirkan zuriat pertama mereka, Shukri Yahaya akui sedikit gementar.

“Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita itu melahirkan anak. Tentunya saya gembira namun pada masa yang sama berasa gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah” katanya kepada Harian Metro