Sabtu, Ogos 06, 2016

Saharul Ridzwan Sahkan Nikah 16 September 2016



Berita perkahwinan Saharul Ridzwan dengan pemilik butik Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir sudahpun beberapa minggu tersebar luas. Ironinya, daripada pihak Saharul Ridzwan sendiri tidak pernah sekalipun mengesahkan ataupun menidakkan khabar tersebut.

Namun, sejak sehari yang lalu gambar kad undangan perkahwinan pasangan itu yang sudah tersebar luas di media sosial membuktikan lagi andaian yang dibuat ramai sebelum ini.

"Ya, segala maklumat yang tersebar menerusi kad undangan tersebut adalah benar. Sebenarnya, saya ingin berlaku adil dengan semua media dengan menjemput mereka ke majlis perkahwinan ini.

"Bagaimanapun, apabila ia bocor sebelum waktunya saya tidak dapat berbuat apa-apa. Jangan risau, saya akan edarkan kad perkahwinan kepada pihak media dan merancang untuk bertemu dengan semua secara santai bagi memperincikan hal itu (perkahwinan) sebelum menamatkan zaman bujang pada tarikh 16 September," ujarnya yang ditemui Kosmo!