Khamis, Ogos 18, 2016

Rumah Agam Berhantu; David Beckham Jual Murah!



Tindakan pasangan selebriti popular, David dan Victoria Beckham menjual rumah agam mereka di Bargemon, Cote d'Azur, Perancis pada harga jauh lebih rendah daripada nilai pasaran menimbulkan tanda tanya. Kediaman serba mewah itu dilengkapi enam bilik tidur dan dibeli pada 2003 pada harga RM7.7 juta. 

Proses pengubahsuaian mengikut cita rasa mereka pula yang menelan belanja RM25.7 juta. Namun difahamkan kini pasangan yang mempunyai empat anak itu membuat keputusan menjual hartanah dengan binaan ciri abad ke-19 itu pada harga RM12.3 sekali gus membuatkan mereka kerugian hampir RM20 juta.


Pernah meluahkan kononnya 'melepaskan' rumah agam itu disebabkan jarang didiami kerana tidak punya masa berulang alik antara London dan Los Angeles, namun hakikatnya ia dijual murah kerana berhantu. Pemilik terdahulunya dikatakan membunuh diri dan mati di situ menyebabkan makhluk halus sering mengganggu ketenteraman penghuni seterusnya.