Isnin, Ogos 08, 2016

Rosyam Nor Dapat Tawaran Antagonis Lagi Daripada Produksi Filem India



Penglibatan Rosyam Nor dalam filem Kabali meski dianggap tempelan oleh sesetengah pihak, namun sebenarnya peluang kecil itu merupakan titik awal untuk langkah yang lebih panjang!

Khabarnya, Rosyam menerima satu lagi tawaran berlakon daripada produsi perfileman di India, dan berita itu dikongsi oleh akhbar Kosmo!

Sebelum tayangan filem versi asal pada 22 Julai, saya ada menerima tawaran daripada sebuah syarikat produksi di India untuk sebuah filem. 

Watak yang ditawarkan adalah antagonis dan ia merupakan filem seram berjudul House Next Door. Jika tiada kekangan dan jadual saya tidak padat, kemungkinan saya akan mula turun ke lokasi pada bulan September depan.


Buat masa sekarang, saya tidak boleh bercakap lanjut mengenainya sebab saya sendiri pun masih belum menandatangani sebarang dokumen tawaran tersebu

Alhamdulillah, ia bertitik tolak daripada kemunculan saya dalam Kabali.

1 Komentar:

Write Komentar