Sabtu, Ogos 27, 2016

Remaja 18 Tahun Nikahi Ibu Tunggal Beranak Lima 42 Tahun Jadi Viral



Cerita seorang remaja lelaki berumur 18 tahun menikahi seorang ibu tunggal beranak lima berusia 42 tahun di Kuala Penyu, Sabah barangkali sudah diketahui umum lantaran menajdi viral. Persoalanya apakan respon orang tua remaja lelaki berkenaan?

Berita Harian Online berkongsi kisah ini!

"Sudah suka sama suka, biarkanlah...doakan mereka bahagia," itu kata Matalin Utam, 52, bapa kepada remaja lelaki yang gambarnya bernikah dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun yang viral baru-baru ini.


"Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.



"Dia kata pilihannya muktamad...saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah.

"Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia," katanya.