Isnin, Ogos 08, 2016

Pokemon Go; Umat Islam Tak Wajar Perlekeh Fatwa Mufti




Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihat menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan berhubung fatwa meminta mereka menjauhi aplikasi permainan Pokemon Go atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.  

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam tidak wajar meremehkan pandangan atau fatwa dikeluarkan itu terutama di media sosial walaupun mereka tidak bersetuju dengannya.  

Beliau berkata pandangan itu dibuat setelah pihak berkenaan mengambil kira pelbagai aspek dan prisip.   

"Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan permainan Pokemon Go bukan dibuat secara semborono kerana ia melibatkan prinsip Islam dan penyelidikan secara holistik sebelum fatwa tersebut dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu 2016 di sini, Ahad.   - Sinar