Rabu, Ogos 10, 2016

Perlu Jadi Bapa Kepada Wanita Seusia; Norman Hakim Tolak Tawaran Lakon Tak Relevan



Sepanjang 20 tahun bergelar pelakon, aktor Norman Hakim berkata sudah tiba masanya beliau memilih tawaran lakonan yang diberikan untuk menjaga eksklusiviti jenama dirinya.

Tambah Norman, selari dengan usia, beliau mahu kelihatan matang sekali gus memanjangkan usia karier lakonannya. Kalau dulu semua tawaran diterimanya, namun Norman Hakim beranggapan bahawa sudah tiba masanya berubah cara dan memilih watak.

Suami kepada Memey Suhaiza itu menambah ada kala tawaran watak yang diberikan ada kalanya tidak relevan. Sebagai contoh, beliau diminta menjadi bapa kepada seorang wanita yang dilihat seusianya.

Meskipun lebih setahun berehat daripada dunia lakonan kerana memberi tumpuan kepada perniagaan, Norman berkata beliau masih lagi dicari penerbit drama dan filem. 

Terkini, Norman Hakim yang baru sahaja selesai muncul sebagai cameo dalam filem Tamil Kabali bersama aktor Rosyam Nor, akan kembali semula berlakon dalam drama siri paling lama di Malaysia, iaitu Gerak Khas. - BH Plus