Isnin, Ogos 29, 2016

Pelajar SMK Presint 9 Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Sekolah



Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dari SMK Presint 9 di sini maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Difahamkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Azim Hakimi Abu Shuja terjatuh dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi Isnin ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya.

Menurut sumber sekolah, mangsa dikatakan tidak dapat mengimbangi badan ketika cuba mengambil beg yang dikatakan tersangkut di belebas bangunan tersebut.


Mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala mayatnya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan polis, katanya. - mstar