Isnin, Ogos 29, 2016

Norman Hakim Ubah Kerjaya Jadi Penggali Kubur?



Sudah jarang melihat kelibat aktor berbadan sasa, Norman Hakim di kaca televisyen, ramai yang beranggapan suami kepada selebriti Memey Suhaiza ini sudah tidak lagi berlakon atau aktif dalam industri seni tanah air.

Dikenali sebagai figura yang mementingkan kesihatan dan penjagaan sosok tubuh, Norman Hakim juga dikenali umum sebagai ahli perniagaan di mana salah satu daripada cabangnya adalah menerusi pusat kesihatan gimnasium, iaitu Mr. Sado Gym And Fitness yang sudahpun meraikan ulang tahun pertamanya Ogos ini.

Jadi, apabila tersebar kepingan gambar bapa kepada lima orang cahaya mata ini mengangkat cangkut, menggali lubang kubur dan berhadapan dengan jenazah yang siap dikafankan, ramai yang berteka-teki, adakah Norman Hakim sudah bertukar kerjaya menjadi penggali kubur?


Untung orang yang meninggal, penggali kubur glamor!

Abaikan ayat di atas! Hahaha! Sebenarnya, Norman Hakim terlibat sebagai pengacara dan personaliti yang akan merungkai profesion yang dikira sebagai ekstrem di tanah air kita. Lebih kurang 13 profesion ekstrem juga yang akan dikupas dalam program yang akan ditayangkan di TV1 kelak.

Salah satunya, kerjaya si penggali kubur. Jadi, tak hairanlah kalau anda nampak Norman Hakim di kubur. Tapi penggambaran untuk episod penggali kubur tu dah selesai. Kalau lepas ni anda nampak Norman Hakim dok gali kubur, lebih baik cabut saja ye, jangan ajak selfie pula! Hahahah....


1 Komentar:

Write Komentar