Isnin, Ogos 29, 2016

Light Sensation Love Series Kini Di Malaysia



Cantik dan tak terkata. Itulah ungkapan yang barangkali boleh diterjemahkan melihatkan rakaman lensa kamera yang mengabadikan pemandangan indah hasil percikan lampu yang digubah bagaikan taman mawar.

Nampak seperti di luar negara bukan? Hakikatnya, semua ini di Malaysia! Ya, di MAEPS, Serdang! Light Sensastion Love Series beroperasi di MAEPS, Serdang bermula 7-17 September 2016, dibuka dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam. 

Pastinya peluang yang cukup berharga untuk mengabadikan kenangan bersama insan tersayang, nak pula masa tu ada cuti sekolah seminggu! Hehehe... Buat photoshoot pre-wedding pon best nih!

Maklumat lanjut boleh diperhatikan pada gambar di bawah!