Isnin, Ogos 29, 2016

Jennifer Aniston Masih Marahkan Mendiang Ibunya!



Meskipun ibunya sudah meninggal dunia sejak tiga bulan lalu, Jennifer Aniston nampaknya masih belum mampu memaafkan mendiang yang meninggal pada usia 79 tahun itu.

Ketika Nancy meninggal, Jen memang menghadiri upacara pengebumian ibunya, namun pelakon siri popular Friends itu menolak untuk membawa pulang abu mayat Nancy ke rumahnya.
Lebih teruk, Jen meminta agar abu ibunya diletakkan jauh daripadanya.

“Saya tidak mahu membawanya,” lontar Jen menurut seorang sumber yang berada pada majlis pengebumian tersebut.

Menurut sumber itu lagi, semua orang tahu bahawa hubungan Jen dengan Nancy sangat buruk. Dia adalah anak yang memberontak dan setelah ibunya meninggal, Jen masih tidak mahu berada dekat dengan abu ibunya. Sikap Jen itu membuatkan ramai yang terkejut. - Kosmo!