Sabtu, Ogos 20, 2016

"Inilah Matanya, Saya Malas Nak Sebut"; Kata-Kata Pengulas Sukan Ini Buat Netizen Bengang!



Kalau Aidil Zafuan mengkritik tulisan headline dalam akhbar terkenal tanah air tentang kemenangan pingat perak oleh pasukan beregu campuran badminton negara, lain pula isunya dengan seorang pengulas sukan salah sebuah stesen televisyen tempatan.

Memang tidak dapat dinafikan penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman gagal menyempurnakan terjunan acara papan terjun anjal.


Namun, lebih menyedihkan adalah suara pengulas sukan terbabit, yang kedengaran jengkel, sehinggakan menyebut perkataan "Inilah matanya, saya malas nak sebut..."

Hello, kalau kau malas nak sebut, baik berhenti kerja je, bukan tu kerja kau ke? Memanglah kecewa, yang tengok di kaca TV pun kecewa, jurulatih pun kecewa, dan kau ingat Amsyar tu seronok ke? Memang bengong kan? Hahaha...

Tak hairanlah apabila ada netizen yang menggelar pengulas sukan tersebut sebagai pengulas sukan paling bangang di Malaysia! Memang sesuai pun kan?