Khamis, Ogos 18, 2016

Hijrah, Zul Handyblack Mahu Jadi Muslim Yang Lebih Baik!



Penyanyi dan pelakon, Zul Handyblack, mendedahkan dia mula mendalami agama untuk menjadi insan lebih baik selepas selesai menyertai pertandingan Gegar Vaganza, akhir tahun lalu. Zul berkata, keinginan untuk berbuat demikian sudah lama tersimpan dalam hati dan sejak dua tahun lalu, dia sedikit demi sedikit mula mendalami ilmu agama. 

"Hendak dikatakan saya mendapat hidayah selepas Gegar Vaganza, ia bukanlah begitu. Tetapi, keinginan mahu mendalami agama sendiri makin membuak-buak sejak dua tahun lalu. 

"Sedikit demi sedikit saya mengosongkan waktu bagi menghadiri ceramah agama dan bergaul dengan golongan tabligh. "Secara tidak langsung, saya semakin sedar dengan kekhilafan silam dan perlahan-lahan mengubah diri menjadi seorang Islam yang lebih baik," katanya ketika dihubungi BH Online.

1 Komentar:

Write Komentar
yang baik
AUTHOR
18/8/16 9:40 PG delete

Alhamdulillah. Semoga hiijrah itu yang terbaik buatnya

Reply
avatar