Sabtu, Ogos 20, 2016

Hasrat Emas Musnah; Olimpik Rio Pencapaian Terbaik Atlet Negara!



Impian dan anganan untuk merangkul emas dalam Olimpik Rio 2016 ini barangkali hanya tinggal hasrat semata-mata apabila tiga final dalam sukan badminton, regu campuran, regu lelaki dan perseorangan lelaki, masing-masing menyaksikan atlet negara gagal menyempurnakan hasrat Malaysia mencipta rekod pingat emas buat pertama kalinya dalam sejarah negara menyertai sukan Olimpik bermula tahun 1956.

Meskipun kecundang membawa pulang emas, namun usaha dan kesungguhan yang diapmerkan oleh atlet tanah air ke sukan Olimpik tidak harus dipandang enteng. Sesungguhnya, mara ke final dalam satu-satu acara itu sendiri sudah cukup hebat dan hadiah yang tidak ternilai buat negara.

Namun, kita perlu akur dengan sesuatu yang dinamakan sebagai rezeki dan tuah. Begitupun, kalah dengan mereka yang lebih hebat bukanlah sesuatu yang memalukan, mengecewakan, atau mendukacitakan. Bahkan kekalahan itulah yang akan menjadi azimat untuk kebangkitan pada masa akan datang.

Syabas, atlet-atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016. Malaysia tetap bersamamu!