Selasa, Ogos 30, 2016

Gosip Rumah Tangga Retak; Nabila Huda Anggap Merepek!



Pelakon, Nabila Huda, 32, menyifatkan laporan di ruangan pojok sebuah akhbar kononnya perkahwinannya dilanda badai sebagai gosip mengarut dan tidak masuk akal.

Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi bagaimanapun berkata, dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.


"Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? "Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan," katanya ringkas ketika dihubungi BH Online petang tadi.