Ahad, Ogos 07, 2016

Gambar Bogel Orlando Bloom Ketika Bercuti Bersama Katy Perry Tersebar Luas!



Percutian pasangan kekasih Katy Perry dan Orlando Bloom baru-baru ini di Sardinia, Itali (2 Ogos 2016) berakhir dengan penyebaran gambar-gambar bogel Orlando Bloom.

Orlando Bloom dilihat mendayung perahu bersama Katy Perry. Bagaimanapun, Orlando Bloom dengan beraninya tampil telanjang bulat. Bahkan beberapa pergerakannya di pantai itu juga turut dirakam dalam keadaan diri Orlando Bloom tanpa seurat benang. 

Terdahulu, Bloom yang juga bapa kepada seorang cahaya mata pernah mengakui berasa nyaman apabila bertelanjang kepada majalah Elle pada tahun 2013. Tambah aktor popular itu juga dalam wawancara berkenaan, tubuh hanyalah sekadar tulang dan daging.

Berikutan tersebarnya gambar bogel Orlando Bloom, menurut sumber Katy Perry dikatakan langsung tidak berkecil hati, bahkan Orlando Bloom sendiri hanya menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan.

Itu cerita di Hollywood, kalau berlaku begini dalam industri seni dan hiburan tanah air, alamat boleh terbalik dunia! Hehehe!