Selasa, Ogos 16, 2016

Emas Pertama Malaysia Dalam Sejarah Sukan Olimpik Tercipta Di Rio?



Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang paling berprestij di dunia. Sepanjang penglibatan Malaysia dalam Sukan Olimpik, belum ada lagi mana-mana atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas.

Malaysia pertama kali menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956. Semenjak itu, Malaysia tidak pernah ketinggalan menghantar atlet dalam Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1980, disebabkan kempen Boikot Sukan Olimpik!

Sekian lama menyertai Sukan Olimpik, pingat yang dimenangi atlet negara hanya pingat perak dan gangsa sahaja. Dan selama bertahun-tahun pingat ini datang daripada sukan Badminton. Sehinggalah, taboo ini dipecahkan oleh Pandalela Rinong menerusi acara Terjun Platform 10m Wanita pada tahun 2012, di Sukan Olimpik London.


Sehingga 2016 (sebelum penganjuran Olimpik Rio) , Malaysia berjaya menempa nama dalam acara Badminton dan Terjun Platform 10m Wanita, dengan 3 pingat Perak dan tiga pingat Gangsa yang dikutip dalam tempoh waktu 50 tahun. (1956-2016).

Tahun ini sukan Olimpik mengambil tempat di Rio. Malaysia pada ketika ini hanya berjaya mengumpul 1 pingat Perak menerusi acara Terjun Seirama Platform 10 meter oleh Pandelela Rinong dan Juun Hoong. 

Menariknya regu badminton lelaki negara telah berjaya melayakkan diri ke semifinal, selepas menumpaskan regu dari Korea yang merupakan penyandang regu nombor satu ranking dunia.

Manakala regu campuran yang diwakili Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pula berjaya mara ke final dan bakal bertemu regu campuran dari Indonesia!

Apakah ini petanda emas pertama negara dalam sejarah sukan Olimpik akan berjaya dilakar di Rio? Sama-sama kita doakan dan nantikan!