Rabu, Ogos 24, 2016

Dipuji Lebih Hebat Mengacara AF; Alif Satar Tiada Niat 'Membunuh' Zizan Razak



Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia menyaksikan Zizan Razak berpasangan dengan Alif Satar sebagai pengacara.

Malam itu, rata-rata memuji gaya dan cara pengacaraan Alif Satar yang dikatakan jauh lebih baik daripada Zizan razak. 

Diminta mengulas berkenaan isu itu, ini jawapan Alif Satar:

Tiada istilah nak ‘bunuh’ Zizan, tak mungkin. Tak ada niat langsung untuk fikir sampai ke tahap itu. Lagipun waktu saya diberitahu untuk jadi pengacara AF2016, memang saya tidak tahu langsung siapa pasangan saya. Bila kita  bekerja dengan orang yang sangat berbakat dan senang nak terima pendapat, kerja itu akan jadi lebih seronok. Sebab itu saya kata tidak ada terfikir langsung tentang hal tersebut. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan secara jujurnya Zizan banyak membantu.