Sabtu, Ogos 06, 2016

Blurb Preview; Tanpa Awak Macam Nak Gila



Hessa Yasmin, sukarelawan yang bekerja di Rumah Kirana tanpa mengharapkan balasan. Sikapnya yang berani dan lasak itu ada kalanya menyusahkan diri sendiri. Satu hari, satu insiden yang tak disengajakan berlaku. “Lain kali, hati-hati bila reverse kereta. Jangan main ikut sedap kaki aje nak tekan minyak. Apa guna cermin pandang belakang kalau tak tahu fungsi?”- Zafrel

Sekali lagi mereka bertembung dalam situasi hampir sama. “Lain kali, nak buka pintu tu tengoklah kiri kanan. Sekalipun awak nak balas dendam kat saya, bukan ni caranya. Tak macolah!” “Am I to blame? Saya tak perasan awak lalu kat sini. Sekalipun Neelofa yang lalu, dia tetap akan kena.” 

“Saya harap kita takkan berjumpa lagi!” “I hope so. If we happen to meet again, it means we are meant to be.” Ternyata, ucapan itu akan menjadi menjadi realiti apabila pertemuan semula Hessa Yasmin dan Zafrel membawa pada ikatan perkahwinan. Cuma kebahagiaan itu tak seperti yang diharapkan apabila Adira kembali mengganggu. 

Sikap dingin Hessa pula kerap menguji kesabaran Zafrel. Cemburu, ego dan curiga sering membayangi Hessa tatkala Zafrel mula mendapat tempat di hatinya. 


Apabila ragu menguasai jiwa, mampukah Hessa bertahan? Adakah berpisah satu jalan yang terbaik sedangkan sesaat pun Zafrel tak mampu berjauhan daripada Hessa? Dan, Zafrel macam nak gila tanpa Hessa dan Hessa juga begitu!